Hai semua!! Sekarang dini tengah cuti sem and nak share apa dini belajar sem lepas. Anyway dini sem 3 ni dah masuk universiti dan pergi kelas secara fizikal tapi subjek edu je lah.
tadaaaa hahaha dapat kad pun dah excited😆
sem3 ni dini ambil 8 subjek 20 kredit
1) Information seeking, writing and academic publications (GBX0009)
2) Basic Entrepreneurship culture (GIG1003)
3) Volunteerism (GKS1001)
4) Calculus 2 (SIM1003)
5) Introduction to worksheets (SIN1002)
6) Assessment in Mathematics Education (SIP1002)
7) Teaching of numbers (SIP2003)
8) Probability and Statistics 1 (SIT1001)
Dini explain setiap course secara umum and pembahagian assignment dia macam mana okie.
1) Information seeking, writing and academic publications (GBX0009)
Salah both maya and dini sbb subjek ni sepatutnya dini tak boleh amik. Dini baru tahu lepas dr kata dalam group AND DINI DAH ACTIVATE!!! (pengajaran: jangan activate terus lepas daftar) Dah lah tngh kerja semua dgn nak kena email mcm2 orang, masuk virtual kaunter dengan buat aduan dekat help desk. Kalau belajar dkt UM elakkan buat kesilapan mcm ni sbb sangat2 rumit.
Dua hari lepastu dr kata yang Fakulti sains terima subjek ni as KELF (not sure untuk sesi ni je or sampai bila2) . Alhamdulilah dia punya legaaaa so kitaorang berlima (yah not only me sbb maya yang letak dkt bahagian kelf ish) teruskan ambil subjek ni.
Lepas dah belajar baru tahu kenapa tak boleh ambil rupanya sama je mcm information literacy yang dini amik masa sem 1. Boleh baca dkt blog sebelum ni cuma bezanya subjek ni ada group presentation dan guna APA7th. Part A to E and written section semua sama je, contoh Part C:
2) Basic Entrepreneurship culture (GIG1003)
First, pilih lecturer and thank me later
Subjek ni bukan belajar dari segi konteks 'jual beli' sahaja tapi dia lebih meluas. Apa yang dini tahu dia lebih kepada proper way to start your business atau keusahawanan.
Subjek ni ada continuous assessment and satu je test
80% group assignment- business proposal, reflective report, case study, business model canvas, business plan. (ye sangat penting pilih group assignment)
20% test- mcq, 20 soalan and dun worry senang je.
Sebab apa pilih lecturer? dalam course ni korang kena jual betul2 tapi ikut lecturer lah and lecturer dini kata tak payah jual yayyyy😍 dr ni cool!! bagi kerja pun ikut masa and tak bebankan students. Kawan dini yang lain mengadu sbb kerja course ni dr dia bagi sekali arung terus and tahu2 kena hantar dalam masa terdekat.
Group dini buat amirugumi:
3) Volunteerism (GKS1001)
Subjek ni lebih kepada kendiri dan buat kerja secara individu. Kena pilih, rancang dan buat aktiviti yang bantu masyarakat secara sukarela untuk cukupkan jam kredit. Boleh je buat apa2 macam kemas surau, bersihkan dewan, mengajar secara percuma atau apa2 yang penting 'sukarela'.
Dini buat 3 aktiviti- dapur it'am (bungkus makanan), projek yusuff(projek kolej-mengajar) dan ncods(konveksyen mahasiswa oku-publisiti)
Subjek ni 100% penilaian berterusan kena buat proposal, buku log, laporan akhir.
if dini teringat dini masukkan dalam google drive so boleh rujuk.
Bawah contoh aktiviti log yang dini kena ambil gambar dan tulis penerangan untuk setiap aktiviti:
4) Calculus 2 (SIM1003)
Calculus 2 ni kesinambungan untuk calculus 1. Bagi dini course ni okaylah kena faham betul2 macam mana nak diff semua dan dan paling penting buatlah tuto.
Ada 7 topik kena belajar:
Penilaian berterusan: 60%
Peperiksaan akhir: 40%
5) Introduction to worksheets (SIN1002)
Subjek ni ajar macam mana nak guna excel dalam konteks matematik. Dalam subjek ni tak perlu kira manual sbb dah ada command. Contoh, kalau nak cari inverse matrix just type (=MINVERSE( )). Dalam ni ada jugak belajar VBA macam kita yang buat arahan untuk run.
Ni contoh tuto VBA:
Penilaian Berterusan: 50% (mid term test + group work assignment)
Peperiksaan Akhir: 50% (final exam mcm biasa online)6) Assessment in Mathematics Education (SIP1002)
Sebelum tu, subjek ni dah belajar secara fizikal and masa ni sambut CNY hehe dr belanja pizza siap bagi kitaorang hadiah cuteee!!
Okay sambung balik, dalam subjek ni akan belajar apa maksud sebenar assessment. Korang akan belajar lebih mendalam tentang 3 jenis assessment iaitu Assessment for learning(AfL), assessment of learning (AoL) dan assessment as learning. Mungkin sebelum ni korang tahu beza assessment tapi tak tahu dia kategori mana issokayy nnti belajar.
DSKP semua tingkatan kan depan2 tu sama jadi dr akan bincangkan dengan lebih mendalam mcm dalam fpk ada perkataan 'usaha berturusan' apa maksud dia then tentang fikrah matematik semua tu. Ada juga belajar alternatif assessment dan perbandingan dengan negara luar. Banyak lagi tapi secara umumnya macamtu lah sebab berkait.
Penilaian berterusan: 100%
Ada 4 assignment:
7) Teaching of numbers (SIP2003)
Ni kelas fizikal pertama masa UM tapi ni gambar ni last day :')
Subjek ni lebih kepada 'nombor' macam dari segi sejarah terciptanya nombor, pengiraan operasi matematik zaman dulu mcm hieroglyph dan perbandingan pengajaran nombor dengan negara luar.
Actually, 1 2 3 ni bukan nombor tapi simbol okiee
Dalam subjek ni ada microteaching yang semua orang kena mengajar dalam masa 20 minit (classmate as students). Kitaorang boleh pilih nak ajar mana2 tajuk nombor dan kena buat RPH sebelum mengajar. Dalam ni ada beberapa elemen yang kena terapkan and setiap kali habis mengajar dr akan bagi feedback so siapa yang giliran lambat (hehe me week13) boleh tambah baik.
Masa ni dah habis microteaching. Tanyalah siapa yang amik course edu tapi tak bawak baju kurung😀 Nasib masa balik rumah sebelum ni teringat nak bawak sbb microteaching. So, bawa baju kurung okayy
Penilaian berterusan: 40% (individual assignment 20%, microteaching 20%)
peperiksaan akhir: 60% (take home exam 24 hours tapi lama ye nak siapkan)
8) Probability and Statistics 1 (SIT1001)
Subjek ni dini rasa susah jugaklah and dini dapat A- je (for me okay alhamdulilah)
Dalam ni ada 2 part satu mcm probability masa matrik yang ni senanglah, satu lagi ni yang dini rasa mcm complicated sikit sbb dia more to prove. Macam dulu kita just belajar formula kan hah ni disebalik formula tu.
Penilaian berterusan: 40%
Peperiksaan akhir: 60% (30% part 1, 30% part2)
Dini memang suka math kecualiii statistics tak tahulah kenapa maybe sbb tu kot dini rasa susah sikit😭
Okay setakat ni tu je good luck okiee!! kalau nak tanya apa2 boleh komen tapi tu lah dini jarang jugak bukak blog sbb tu prefer dm.
Byeee💜
Salam kak dini! Nak tanya sebab saya baru dapat tawaran ke UM utk course pendidikan sama mcm kak dini and akan daftar ahad minggu depan. Saya nak tanya memang kita boleh pilih satu main major sahaja sama ada maths/bio/phy/chem kan? Takperlu ambil all 4 subjects kan?
ReplyDeletewasalam hai CONGRATSSS!!! yup boleh pilih satu sahaja. Major yang pilih satu tu (math/bio/kimia/fizik) dan minor pendidikan. Tak perlu ambil all 4 subjects okiee
DeleteAssalamualaikum kak dini, utk pelajar ijazah pendidikan wajib ambil unit uniform kan? Kak dini join unit uniform apa?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, tidak wajib
Deleteassalamualaikum akak, saya nak tanya, apa maksud open market ye? sbb sy tgk ntuk course sarjana muda sains dengan pendidikan kat um nie dia course bertemuduga & status open market. adekah open market tu means susah nak posting jadi cikgu nanti? (ps, saya nak jadi cg addmaths, and sy nak tau sgt psl open market nie) tqsm akak :))
ReplyDeleteWaalaikumusalam, open market maksud dia tiada jaminan penempatan selepas tamat belajar. Kita still boleh masuk bidang selain pendidikan juga dan kalau nak jadi cikgu perlu mohon SPA. Sure boleh jadi cikgu addmath!
Delete