Assalamualikum and hai!!
Okay yang tanya dini masuk mana sebelum degree tu yaaa dini dulu matrik.
Adik dini punya kawan tanya akak matrik best ke susah tak? Setiap orang ada jawapan sendiri untuk soalan ni and bagi dini MATRIK PALING BEST!! Ya Allah rindunya diorang :')
Jurusan/Aliran
Apa yang dini tahu sekarang (2021) dah tak ada program dua tahun. Jadi mmg setahun je dan boleh baca syarat kelayakan
klik sini.
Matrikulasi Melaka ada dua jurusan:
1) Jurusan Sains
Jurusan Sains ada 3 modul/aliran
(i) Modul 1 (Matematik, Kimia,
Fizik, Biologi)
(ii) Modul 2 (Matematik, Kimia,
Fizik, Sains Komputer)
(iii) Modul 3 (Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer)
yang dini highlight tu tunjuk beza antara modul okayy btw dini modul2 sbb SPM tak amik bio hehe tu je boleh.
nanti first week masuk matrik tahu dapat modul berapa(ikut result SPM). Jangan risau ada peluang tukar modul dan jurusan- nnti isi borang.
2) Jurusan Perakaunan
Semua sama- Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan
subjek atas semua ni subjek pengiraan pointer. Korang takdelah belajar subjek tu je maksudnya. Still ada subjek lain cuma tak bagi kesan dkt pointer.
waktu dini sem1&2 dini belajar ni,
Sem1
- Matematik 1
- Kimia 1
- Fizik 1
- Sains Komputer 1
- English 1
- Kokurikulum
Sem2
- Matematik 2
- Kimia 2
- Fizik 2
- Sains Komputer 2
- English 2
- Pendidikan Islam
- Pengajian Am Matrikulasi
susah tak? okay susah jugaklah sbb banyak benda nak kena belajar dalam masa yang singkat kan but trust me kalau korang boleh manage masa dgn baik, buat tuto In Shaa Allah boleh dapat result baik. Sini nak dapat pointer atas 3 boleh sangat tapi nak 4 tu kena usaha lebih sikit lah.
dini tak dapat 4 flat lah tapi result sem2 dini better dari sem1 hehe
bagi dini buat past year and notes membantu!! past year boleh beli dkt lecturer nnti.
Classmate
classmate dia susun macam mana? random rasanya. Kitaorang tngk nama dkt papan informasi dpt kelas mana. hellooo S24P4!!
ouhh yaaa nama kelas ni ada maksud dia tau
S24P4
S: Sains
2: Modul 2
4: Dewan Kuliah 4
P4: Praktikum 4
masa ni kitaorg main secret santa heyyy I got hoodie from Thirahh!!
Pakaian
dkt matrik pakai baju apa pergi kelas?
Macam boleh tngk dekat gambar ni yup perempuan kena pakai baju kurung and lelaki boleh pakai kemeja (lelaki muslim wajib pakai baju melayu hari jumaat). Bagi perempuan non-muslim boleh pakai kemeja & skirt labuh atau baju kurung. Kasut yang penting bertutup.
Roommate & Bilik
Tak tahu ni berita sedih ke gembira untuk korang haha tapi mmg tak boleh pilih roommate yer. Dini sebelum masuk matrik beria orang kata 'beratur sama2 nnti dpt sebilik' hahhahaha takde maknanya😂 semua dah tetap and masa korang dah daftar dia dah tulis korang bilik mana and dengan siapa dah.
|
tingkat 4!! |
Masa ni kan srs macam takde lagi tinggi ke hshshsh penat tau angkat barang naik tingkat 4 masa bulan puasa pulak tuðŸ˜
A&B blok perempuan, C blok lelaki. Ada 4 tingkat je hahahhah 'je'
Satu bilik 4 orang tapi dini punya roommate ada 3 orang je jadi satu ruang kosong letak makanan and barang kitaorg😂
Ni bilik dini masa mula2 masuk hahahahah diorang kawan rapat sekolah lama tu bising sikit (tak sama bilik pun saja je tu hehe)
Ni ruang dini yang dini ubah sikit kedudukan katil sbb dekat dengan suis boleh cas phone😂 rak pink tu dini punya and kipas mcm tu ada 2 je kiri kanan (boleh je bawak kipas meja sendiri). Meja belajar dini letak sebelah almari.
Nak sidai baju boleh dekat tempat yang ada tuala merah tu. Ada je tempat sidai baju dekat bawah tapi huhu tingkat 4 kan.
Okay mcm ni satu blok ada 4 tingkat and dua wing (wing A & B)
i. Saterika- setiap aras and wing ada. Selalunya letak hujung bilik mcm dini keluar je bilik nampak saterika sbb bilik no11 kan hujung2.
ii. Tandas- pun sama setiap aras &wing ada. Satu wing ada dlm 6 bilik. Kitaorg share tandas yang ada 3bilik air and 4 shower. Entahlah kitaorg mandi lain waktu kot jaranglah beratur selalunya banyak kosong😂
iii. Dispenser Water- yg ini sedih sikitlah setiap 2 tingkat share 1 water dispenser (kiranya satu block ada dua je)
iv. Mesin gedegang- hahahh vending machine ni ada satu setiap blok tapiiii A5 takde😤 nak beli boleh singgah blok jiran.
|
roommate |
Ni gambar first kitaorang sama2 gitu aaaa rindunya balqis ngan damia!! dkt matrik mmg banyak masa dengan dioranglah hahhhahah malam2 tak cafeA, oasiswa😂
Rutin Harian
Waktu kelas:
Selalunya kelas start pukul 8 and habis pukul 4 tapi mcm biasalah ada hari yang akan start/habis awal or lambat an. Ada rehat untuk solat zohor & makan.
dkt matrik ada lecture, tuto, practical.
Lecture korang kena pergi dkt DK (dewan kuliah) ada dlm 100+ pelajar satu dewan. lecture ni korang belajar teori, konsep atau pengenalan setiap chapter mcmtu.
|
dewan kuliah |
Tuto pulak korang akan buat latihan/soalan dan ni libatkan classmate korang je. Tuto buat dekat BT (bilik tutorial).
Practical dkt makmal lah kan. Practical korang buat experiment atau coding(sains komputer)
Bila masuk makmal mmg wajib pakai lab coat bila jalankan experiment. Tudung kitaorg sama sbb hahah dkt kmm mmg setiap isnin kena pakai tudung sama.
kalau batch dini purple cair and senior warna merah. Tu kira macam tudung rasmi lah and setiap tahun lain.
kan ada rehat kan waktu tu naiklah bilik atau pergi surau untuk solat and makan tengah hari dkt cafe paling dekat. Dekat kmm ni ada 3 cafe (A, B, C). Kalau duduk A5 kan mmg best sbb turun tangga je cafe A bestt paling sedap yee mee dgn teh aisss dia woahh
Waktu petang:
Habis kelas pukul 4 tu terserah nak buat apa, boleh bersukan atau kayuh basikal ke suka hati. Kalau dini ada sehari pergi kelas taekwondo. Ada hari dini jaga stor basikal atau main FRISBEE!!! Main frisbee dgn classmates atau member besttt!! Tapi kalau banyak kerja selalunya buat tuto atau kdg2 tertidur?😂
Waktu Malam:
Waktu malam pun terserah nak buat apa tapi kebiasaanya ramai siapkan tuto, assignment or study lepas makan malam. Kelas malam dini jarang ada hmm dlm 3 kali sepanjang dkt matrik je ada tu pun fizik. Kalau malam korang boleh jugak belajar dgn kawan dkt bt, area dk, depan oasiswa atau depan library. Library bukak malam waktu study week je okay.
kalau koku korang senamrobik atau kawad maybe busy sikit waktu malam? Dini selalu nampak dkt dataran diorang practice senamrobik or kawad sbb ada pertandingan.
Weekend & Outing
Sabtu&Ahad ni boleh pergi outing, jumaat pun boleh tapi lepas habis kelas
Jumaat- lelaki dan perempuan boleh keluar
Sabtu& Ahad- lelaki OR perempuan. Gilir2 okay contoh minggu ni sabtu lelaki, ahad perempuan then minggu depan bertukar pulak sabtu untuk perempuan hahahh faham kan.
kalau Ahad selalunya ramai pergi pasar malam alor gajah.
Area KMM mmg takde apa yang menarik pun kalau yang dekat pun boleh pergi family store, pergi area kedai situ, KFC atau secret recipe.
makan pisang goreng dgn cendol lah best😂
kalau nak jauh sikit Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan sekitarnya. Boleh pergi sana naik bas kmm sediakan. Pergi je kedai tiket sebelah oasiswa kata nak pergi outing mp dp.
Boleh tngk wayang jugak hahahaha ofc kena pakai baju kmm (boleh pilih nak pakai yang mana)
lpstu malam2 tngk movie ft maggi or ramen!!
Others
(i) Elaun- masuk matrik setiap bulan dapat elaun RM 250 (tak pasti semua dapat ke tak) bank ikut matrik masing2 tapi kalau kmm guna bank rakyat.
(ii) mesin ATM- masuk je kmm ada mesin ATM depan tu. Setakat ni ada satu je lah mesinnya kalau waktu elaun dah keluar mmg ramai betul hahha pilihlah waktu yang tak ramai mcm awal pagi ke.
bnyk aktiviti best2 dkt kmm!! nnti dini update okayy byee
kalau ada apa2 nak tnya boleh dm ig dini okayy <3
@nrxdini
Beth cik ..s14p3.. ade gambar ke. Arwah anak dulu kelas ini
ReplyDeleteSalam takziah maafkan saya, tiada encik.
DeleteSeronok baca suasana kampus.. Rindu zmn dulu2 😊
ReplyDeleteSaya pun rindu suasana matrik ni sekarang🤧
DeleteHai kak, nak tnye belajar jurusan sains nnt dlm english ke smua? Exam nnt pon english jgk ke
ReplyDeleteHaiii yup in english, saya rasa awak risau sbb sebelum ni belajar sains semua dalam bahasa melayu? Kalau macam tu dun worry sbb dini pun sama tapi awal2 je rasa mcm susah sikit dari segi terms tapi lama2 dah biasa dah plus english dia senang je jangan risau okiee hwaiting!!
DeleteAssalamualaikum kak, akak tahu tak macam mana eh nk pilih program dua tahun dengan satu tahun tuu, ataupun dia memang dah assign kan kita program yang mana
ReplyDeleteWaalaikumusalam haii yup mmg dah assign program yang mana based on spm result
Deletesalam kak , ada gym ke kat kmm
ReplyDeleteWasalam ada sebelah dewan!! sorry dini tak pernah guna jadi tak tahu details apa2 tapi mmg ada🤩
DeleteKalau kita lemah English boleh ke kuta survive bljr kat matriks nnt
ReplyDeleteLemah macam mana tu? Kalau basic english awak boleh then saya rasa takde masalah untuk survive fighting!!
DeleteBasic english tu ada la
DeleteAda!!
ReplyDeleteHi kak nak tanya, locer dia tu satu row kita punya ke macam mana? Tengok macam banyak je locker tu huhuhu
ReplyDeletehaii satu row tapi depan belakang. Kiranya satu almari dalam gambar tu untuk dua orang.
DeleteHi can parents visit anytime
ReplyDeleteHiii dulu sabtu ahad sahaja
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKalau takde basic fizik n kimia boleh catch up tak
waalaikumusalam kalau spm ada ambil fizik kimia boleh je catch up dun worry
DeleteKak nk tanya bulan puasa dpt outing jugak ke and smpi kol bape ?
ReplyDeleteAkak xnk jwb ke🥹🥹
Deletehaii sorrryyy yup boleh outing and waktu macam waktu outing biasa (balik sebelum 5pm)
Deletehi sis!! soalan abit irrelevant tapii muslim wajib ke pakai tudung masuk matriks nanti?
ReplyDeleteTak wajib
Deletebleh tau tak alamat parcel student kmm
ReplyDeleteThank You and I have a neat give: Who Does House Renovation split level remodel
ReplyDelete