Pengalaman Ujian Medsi dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Alhamdulilah 19/8/20 haritu keputusan upu keluar dan dini dapat pilihan pertama😭. Ya Allah syukur alhamdulilah.
Jadi harini dini nak berkongsi pengalaman atau proses sebelum dini dapat tawaran ini dan harap boleh membantu serba sedikit korang yang nak ambil kursus pendidikan ni. Okay dini ada mohon dua kursus pendidikan- Sains(UM) & Matematik(UPSI) pilihan kedua. Kalau nak kursus pendidikan boleh letak dekat pilihan 1&2 sahaja waktu isi upu dan kena lalui 2 fasa selepas itu iaitu ujian medsi dan temuduga. HUH APA TU?
Ujian Medsi
18/3/2020- Dini cek dan alhamdulilah dini terpilih untuk jawab ujian medsi ni. Ujian medsi dini ringkaskan dia macam ujian personaliti. Nak tengok sama ada kita ni sesuai atau tidak nak jadi seorang guru macamtu. Jangan risau tiada soalan math ke fizik ke😂dan pilihan jawapannya pun sama ada ya atau tidak je. Ujian medsi kalini online sebab covid-19 dan soalan pun tak banyak macam sebelum ni sebab dini baca pengalaman sebelum ni lagi banyak. Waktu dini ada,
- 96 item soalan
- tempoh masa: 45 minit
- setiap halaman soalan 30-60 saat
- tidak boleh patah balik semua soalan sebelumnya
Ujian Medsi kena jawab sekali je walaupun korang ada mohon 2 universiti atau kursus yang berbeza. Tarikh yang sama dini cek kelayakan tu dini dapat slip ujian yang ada tarikh, masa, link ujian dan panduan. Jadi, waktu tarikh yang ditetapkan tu dini cuma buka laptop dan jawab soalan tu dekat rumah. Good Luck yang nak amik ujian medsi<3 Tips dini, letakkan diri kita as cikgu masa jawab soalan. In shaa Allah boleh!
ni slip ujian tu
bila dah lulus kita akan ditemuduga dan cara temuduga bergantung kepada universiti yang dimohon. UM jalankan temuduga guna aplikasi google meet. Dini nasihatkan tolong rajin cek email sebab ada dokumen yang perlu kita hantar ke pihak pengurusan sebelum hari temuduga. Lepas tu dalam 2 hari sebelum hari temuduga dini dimasukkan dalam group whatsapp untuk tanya apa-apa soalan dan giliran temuduga.
29/6/20-Tarikh temuduga UM. Dini jujur takut jugaklah walaupun bukan jumpa depan-depan pun😂 30 minit awal dini ready depan laptop tunggu giliran dan dalam pukul 3.30 dini masuk meeting tu. Ada 3 orang penemuduga dan dini sorang je pelajar. Masa dalam 10 minit, bilangan soalan yang ditanya 6 dan soalan alhamdulilah yang dijangka. Kalau penemuduga tanya dalam English jawab pun dalam English dan kalau tanya dalam bahasa Melayu jawab pun dalam bahasa Melayu. Haritu dalam 6 soalan, 2 soalan ditanya dalam bahasa Melayu dan yang lain English. Penemuduga tu baik dan tak menakutkan langsung hehe semua perempuan.
Sebelum 10/7/20- untuk UPSI pula dini kena buat rakaman video berdurasi 7 minit, muat naik video ke Youtube(unlisted) dan hantar link video serta borang perakuan rabun warna dalam egeneric sebelum 10/7/20.
dalam video tu ada 3 bahagian
- bahagian A(2 minit)- pengenalan diri, laporan ujian rabun warna dan kelebihan diri
- bahagian B(3 minit)- persembahan pengucapan awam (ada 7 tajuk kena pilih 1)
- bahagian C(2 minit)- menjawab 4 soalan yang diberi dalam bahasa Inggeris
Jadi siaplah video tu. Tapi dini tak boleh share sebab rakaman video tu dah jadi hak milik upsi dan video saya biasa2 je hehe
Dini rasa buat masa ni itu sahaja dini nak share dan dini harap dapat membantu sedikit mereka yang nak sambung kursus pendidikan ni. Kalau ada apa-apa soalan tanya je okayy💜. Akhir kata, good luck dan jangan berhenti berusaha. Fighting!!
kalau nak tnya apa2 boleh dm okayy @nrxdini
Btw dini buat ni nak simpan tapi kalau nak tgk suasana UM sikit silakan😂 https://youtu.be/l6Xx9RUIAPM
Dini..boleh saya nak bersembang panjang pasal ujian medsi ni tak?
ReplyDeleteBoleh😊
DeleteDini. Ujian medsi tu x leh berpatah balik kan ? Tapi kenapa sy patah balik . Boleh je. Ke sy silap 😅
ReplyDeletePastu kan, dini.. Saya nk tnye, untuk Messi tu awk jawap utk soalan yg ad 5 jwpn tu.. awk jwp 1@5 je ke ?
DeleteAlamak I'm so sorry🥺 dini baca panduan yang kata tak boleh patah balik so tak pernah try.
DeleteApa apa soaln yang mereka tanya? Tolong
ReplyDeleteWaktu sy iv soalan yg ditanya saya ringkaskan mcm introduce yourself, kenapa nak jadi cikgu, selain math nak ajar subjek apa (sbb UM ada 4 specialization), kekuatan diri, pendapat ajar math&science in english and about open market (perancangan kerjaya). Tiada soalan isu semasa or falsafah pendidikan etc tapi digalakkan baca okiee. GOOD LUCK!!
Deleteassalamualaikumm dini. falsafah pendidikan tu macam mana yer ? boleh explain details
DeleteWalaaikumusalam haii! dini try explain bahasa mudah, falsafah ni mcm pegangan /kepercayaan/prinsip/pandangan. Jadi kalau falsafah pendidikan ni prinsip yang menbincangkan pelbagai perkara tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah. Macam pendidikan ini bertujuan untuk apa?
Deletekalau dlm Malaysia ada Falsafah Pendidikan Kebangsaan - 'Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.'
Kiranya guru boleh jadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan as prinsip atau pegangan gitu. Boleh faham ke?😬 kalau UM nnti sem1 ada belajar falsafah pendidikan🤩
DeleteDini..boleh saya nak bersembang panjang.
ReplyDeletePasal saya akan temuduga UM.
ReplyDeleteHi! Any update or ques yang ditanya tak?
Deletesains pendidikan pada 13.7.2021.
ReplyDeleteSureeee ouhhh tuh ur ig acc sekejap eh sorry2
DeleteDone kindly check your dm okiee😊 sorry again :')
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood Luck tau eskk!! wishing you all the best <3
ReplyDeletennti dah habis iv kalau nak tahu setiap sem belajar apa boleh tekan link ni start page 20 http://ebook.um.edu.my/fsains/UG20202021/mobile/index.html
Hai congrats and good luck!!!!🤩 maybe boleh cuba fahamkan course awk tentang apa? Lpstu buat soalan dari situ. Kalau dini guna kaedah 5w 1h
ReplyDeleteWhat- apa yg awk faham tentang course tu.
Why- kenapa awk pilih course tu berbanding course lain/ kenapa uthm/ kenapa nak jadi cikgu.
When&who- apa yg awk nampak diri awk akan dtg /as apa/ your future plan bila habis degree tu.
Which- tak silap sy vokasional luas jadi awk pilih yg mana?
How-ni maybe soalan opinion mcm cara awk solve problem. Cth: Mcm mana awk nak tarik minat students yg tak minat bidang vokasional/ pendapat awk tentang kerjaya lepasan vokasional- ramai kata takde kerja contohnya.
Boleh baca current issue vokasional atau bidang tvet untuk dptkan jawapan yg lebih baik.
Bagi saya interviewer nak tngk awk faham tak apa yg awk nak buat nnti.
Sorry if tak menjawab soalan huhu
Klau dpt medsi ni kt UPU ni , masih kena jugak apply ptptn ke..ataupun ada elaun bulanan tetap macam IPG?
ReplyDeleteSorry degree pendidikan di universiti tiada elaun mcm ipg. Boleh buat pinjaman mcm ptptn untuk bantuan kewangan.
DeleteSalam. Boleh tahu jumlah pelajar sains pendidikan di
ReplyDeleteUM. Ada berapa kelas. Fizik.kimia.biologi. math.
Waalaikumusalam hai😄Jumlah dini tak tahu sorry tapi dlm satu sesi kurang dari 60 org lah sbb dr kata batch kitaorg paling ramai😂
DeleteKalau sesi kemasukan sama dgn dini (sesi 2020/2021) ada 58 org
Math-19
Fiz-6
Bio-10
Kimia-23
Dini tak tahu nak jawab ada berapa kelas mcm mana. Sbb kitaorg takde kelas. Ikut specialization je (ni lah kot kelas?)
Purata merit untuk sains pendidikan berapa?
ReplyDeleteMinimum cgpa 3.00
DeleteHii!! Nak tnya if result temu duga kluar, salunya kluar bila? Sekali dgn upu ke?
ReplyDeleteHaii!! Yup sekali dgn upu. Kalau dpt tawaran course tu masa cek upu maksudnya lulus temuduga😄
DeleteAssalamualaikum kak dini,nak tanya video utk upsi tu,nnti pihak upsi bagi soalan,lpstu kite kene submit time tu jgk atau pihak upsi bagi masa untuk submit?
ReplyDeleteWaalaikumusalam..nope dia bagi masa berhari jugak untuk prepare jawapan and record semua. Good luck!!
DeleteKak Dini, boleh saya tahu kenapa kak Dini letak UM sebagai pilihan pertama berbanding UPSI?
ReplyDeletehello there! jujur sbb UM my dream uni? Dari dini sekolah nak masuk sebab nampak senior mcm best je dkt sana AND YEAH BESTTT!! bagi dini subjek pendidikan dkt UM ni seronok, banyak aktiviti yang menarik dan banyak jugaklah dini baru tahu. Tapi ni nasihat, kalau nak pilih UM tolong pertimbangkan faktor lain lagi2 kewangan. Bagi dini yuran kolej dia agak mahal (1k per sem) tu pun year3 susah nak dapat kolej jadi dah kena fikir nak duduk mana area kl ni which lagi mahal kan.
DeleteYang lain semua okayy!! Nak lagi best masuk projek dari situ boleh berkawan. sini paling best nak pergi mana2 senang dan banyak tempat menarik hehe banyak nak cerita tapi nnti dini update post baru (In Shaa Allah lepas final exam yang habis 16/2 ni aaa takut wish me luck T^T)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWasalam maaf lambat reply. Ada mathematical project boleh tngk sini https://ism.um.edu.my/mathematical-science-project-course
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam dini,maaf bertanya masa awak apply dan dapat UM tu berapa cgpa Matrik awk. Anak sy yg nak mohon, minat Sgt katanya
ReplyDeleteWasalam saya tak 4flat pun huhu sem1, 3.58 dan sem2, 3.92 jadi cgpa 3.75. Saya rasa kalau purata merit dalam 94+ boleh sangat and yang paling penting iv good luck semoga bejaya amin
DeleteAssalam, maaf tetapi saya ingin bertanya, open market tu maksudnya bagaimana? Adakah skop pekerjaan nya tidak tertumpu pada perguruan atau bagaimana? btw thank you for sharing your experience for interview and medsi!
ReplyDeleteWasalam, open market maksudnya tiada penempatan khas selepas graduate. Macam ipg lepas dah habis ada penempatan teruskan hah kalau course ni kena mohon and cari sendiri. Kita still boleh pilih untuk jadi cikgu atau kerja dalam bidang sains. Hope membantu aaaa most welcome!!!💜
DeleteHello hye there . Nk tnya interview utk upsi mcm mana ye ? Gmeet jugak mcm UM ke atau kena pergi pusat upsi tu sendiri ?
ReplyDeleteHello hyee maaf tu saya tak tahu sbb setiap tahun lain ikut keadaan semasa. Selalunya pihak uni akan beritahu melalui email atau website.
Deletesalam dini, saya nak tanya. kalau temuduga ni kita past untuk kedua dua nya, contoh medsi tu kita past, maksudnya kita juga layak la ye ditemudga untuk kedua kedua universiti dipohon contoh saya mohon upm dan juga upsi?
ReplyDeleteWasalam, yup kalau lulus medsi awk akan ditemuduga oleh dua universiti tu.
DeleteDini klu x dpt ujian medsi tu still dpt temuduga x?
ReplyDeleteKalau gagal medsi kiranya awak tak boleh pergi peringkat seterusnya which is iv. Jadi tak dapat temuduga.
DeleteMaksudnya, kalau gagal medsi kiranya dah tak berjaya masuk kursus pendidikan dan akan terus ditawarkan pilihan ketiga dan seterusnya dalam upu.
DeleteSalam dini, nk tnya kalau kita jwb medsi tuu wktu lain mcm mne tpi hari yg sama
ReplyDeleteWasalam maaf kurang pasti, sepatutnya memang kena ikut waktu yang ditetapkan.
Deleteboleh tak kalau saya jawab medsi di tarikh yg ditetapkn tpi masa lebih awal dri yg ditetapkn? dpat jwb tpi risau tak diterima kelak
ReplyDeleteSaya rasa boleh je sebab dia buat ikut waktu untuk elakkan ramai login dalam satu masa cuma sebaiknya ikut waktu👍🏻
Deletehi dini nk tnya lpas dapt result medsi tu selalunya berapa lama ya tempoh untuk iv, sbb saya ada kt luar kawasan takut terlepas pandang
ReplyDeleteassalamualaikum , boleh saya tahu macam mana nak tau keputusan ujian medsi selepas jawab ujian tesebut ? berapa lama nak tunggu keputusan ujian medsi ?
DeleteWaalaikumusalam and hiii masa dini 22 hari so about 1 month jugak.
DeleteDia macam ni lepas jawab ujian medsi dalam masa sebulan mcmtu akan ada hebahan tawaran temuduga. Kalau awak dapat tawaran temuduga maksudnya awak lulus ujian medsi dan sebaliknya okiee
Deletetawaran temudaga pihak university akan call kita ke?
Deletehi may I know mcm mana kita nak tahu result medsi dah keluar?
DeleteHai, tiada platform untuk cek medsi berjaya ke tak sebab dia sekali dengan semakan kelayakan hadiri temuduga, means kalau awak cek lulus pergi temuduga then maksudnya lulus medsi.
DeleteTawaran temuduga boleh cek dalam website yang disediakan (boleh pergi socmed upu untuk dapatkan link)
Deletehi dini. saya ada iv pendidikan hari rabu depan (13/7/22). boleh saya tahu, apa preparation awak untuk temuduga UM?
ReplyDeleteHaiii jom masuk um!!😍 Suree dini cari soalan yang mungkin ditanya and practice jawab. Kalau tanya soalan apa pihak penemuduga tanya dini dulu tu dini ada reply dkt ruangan komen or just dm me nnti dini bagi. Pastikan sediakan dokumen yang diperlukan dan test run okiee paling penting yakin!! Tu yang pihak penemuduga nak tengok and tunjukkan awak layak jadi cikgu all the best🫶🏼
Deletehai dini. contohnya, dah dpt panggilan temuduga cth dr ukm...adakah universiti lain cth upsi akn ada panggilan temuduga juga?
ReplyDeleteHaiii yup akan ada panggilan temuduga juga sepatutnya. Good luck!!
DeleteTerima kasih sudi kongsi pengalaman sebab tercari cari juga macam mana lah suasana temuduga nanti. nervous lah pulak nak kena temuduga online nanti. Doakan saya yah! ☺️
ReplyDeleteSama2💜 GOOD LUCK!!!! Dini doakan awak berjaya amin
Deletedini mcm mna kita nk tahu lulus medsi or tak? terus check panggilan temudugan pendidikan kat website uni ka? and ada kemungkinan tak berlaku mcm ni.. hanya dipanggil utk 1 kos pendidikan sahaja disebabkan kuota dah penuh
ReplyDeleteYup terus cek dkt website uni👍🏼 Ada kemungkinan tapi kebiasannya semua diberi peluang temuduga.
Deletehi , maaff bole saya tahu ig dini 🥺
DeleteHii @nrxdini btw kalau i reply lambat just requst dm sbb blog takde noti😭
DeleteDia tak suruh mengajar ya? Aaa takut sabtu ni dah iv di UM. 🥹
ReplyDeleteSaya rasa tak perlu mengajar tapi lebih baik prepare satu subtopik untuk mengajar. Boleh jadi pihak sana nak tngk cara, suasana dan cara awk menulis dkt whiteboard(kiri, kanan). Mana tahu tiba2 'okay amik marker depan sana dan ajar satu topik matematik'😂 anwy good luck!!!
DeleteAssalamualaikum dini, saya ada dm dekat ig :)
DeleteBoleh saya tanya, awak interview sabtu ni, course apa ye?
DeleteHai dini, boleh tak saya nak tanya pandangan awak kalau temuduga nanti dia tanya knpe saya letak UPSI no 2 bukan no 1
ReplyDeleteHaii huwa susahnyaaa😭 bagi saya jawapan ni kena ada 'tapi'. Maybe saya jawab saya memilih upsi kerana upsi merupakan universiti pendidikan yang terbaik yang menawarkan bidang yang saya minati tapi atas faktor lokasi saya memilih UM sebagai pilihan pertama.
Deletehi dini nak tny if stpm cgpa 3 pointer above and kelayakan bagi course tu tak lepas contohnye maths spm tak kredit, still boleh lulus masuk ke? atau tidak?
ReplyDeletehaii sepatutnya tak sebab kena lepas semua syarat am dan khas tapi boleh cuba email/call fakulti untuk tanya okiee
Deletehi dini can you accept my dm request on ig?
ReplyDeleteAssalammualaikum dini...nak tnya mcm mne kita nk tahu yg kita ni ade temuduga atau tidak selepas ambil ujian medsi? biasanya ambil brape lama utk tahu diri ini layak utk ke bahagian seterusnya iaitu diinterview? betul ke kene tnya ua masing2 yg kita pilih?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, maaf baru reply. Bila ujian medsi lulus automatik layak untuk ditemuduga. Yup kena tanya UA masing-masing.
Delete