Asalamualaikum and hai!
Sekarang dini tgh cuti sem and bulan 10 baru sambung next sem lama an cuti? dlm 2 bulan lebih.
So dini mcm nak reflect atau share sem2 dini macam mana. Still online weyh dah setahun dah!!! dini tak pernah langsung jejak kaki dkt um tu hmm student card pun takde :')
Sem2 dini boleh katakan banyak kerja dari sem1 but still manageable. Mungkin sbb sem ni amik lagi banyak subjek kot?
lagi banyak subjek, lagi banyak assignment gitu walaupun credit hours both sem sama je😂
Subjek yg dini daftar sem 2,
- Information Literacy (2 credit)
- Social Engagement (2 credit)
- Appreciation of Ethics and Civilisations (2 credit)
- Presentation Skills in English (3 credit)
- Psychology in Learning Mathematics (2 credit)
- Introduction to Science and Technology Studies (3 credit)
- Ethics and Safety (2 credit)
- Statistics (3 credit)
total: 19 credit
kalau tak faham yg dini tulis credit tu maksudnya credit hour- masa yang diperuntukkan untuk subjek tu dlm seminggu. Kalau 2 credit tuh maksudnya seminggu belajar dua jam je.
Dini explain sikit pasal setiap subjek ni kitaorg belajar and buat apa.
1) Information literacy
Subjek ni belajar cara nak cite/tulis rujukan yang betul ikut APA style guna app endnote dan cara yang efisyen cari bahan rujukan dkt google/UM library.
Ada sampai part E cara yang sama cuma dari material yang berbeza. Nanti dah power korang tngk je Reference tuh boleh tahu tu journal article, thesis, book etc😂
Dini suka pembahagian kerja course ni mcm okay week2 kena siapkan and submit part A, week 4 part B pulak mcm tersusun and week14 tu just compilekan semua sekali dlm satu file je. Masa mmg lama and cukup sngt srs kerja ni sekejap je siap😂
2) Social Engagement
Subjek ni mcm aktiviti kemasyarakatan yang dlm kelas tuh cuma ada coursemate je dan kitaorg di bahagikan ikut specialization (math, fiz, kimia, bio). Setiap group kena fikir nak buat aktiviti apa. Group lain buat video pengajaran dan post dkt youtube tapi group math buatttt MATHEMATICS VIRTUAL EXPLORACE!! Besttttt😭
Kitaorg ada 10 stations hehe dini&ain jaga stations 4 (Treasure Hunt Math- kitaorg bagi nombor 4 digit and setiap group kena solvekan and cari barang dkt sekeliling yang mewakili nombor tu).
Subjek ni takde kelas setiap minggu dia mcm kalau ada taklimat untuk sampaikan benda penting then baru ada sbb tu takde dlm jadual subjek ni.
3. Appreciation of Ethics and Civilisations
Dalam bahasa melayu dia etika dan peradaban jadi dia more to sejarah. Kebanyakkan dah belajar dkt sekolah menengah dulu mcm tamadun dan zaman prasejarah. Belajar pasal adab, etika, etos, etiket mcmtulah.
Dalam subjek ni cuma ada 1 test dan kerja group buat 1 video settle. Test online mcq and sbb open book so boleh je rujuk lecture notes jadi mcm senang sikitlah hehe. Group member mmg function betul!! dini jadi penulis skrip😂
4. Presentation Skills in English
Dari nama pun dah tahu subjek ni kena banyak bercakap😂 Tapi dini suka hahha tak tahu kenapa tapi dini prefer speaking dari writting.
Dalam ni ada 3 test
i. Impromptu speech (speech yang tiada skrip)- soalan random and ada seminit je preperation untuk speech lepas tahu tajuk.
ii. Informative speech (speech yang berilmiah gitu tapi ada masa berhari untuk prepare)- boleh pilih any tajuk yang kita nak lpstu present dgn slide dan pastikan masa tak lebih dan kurang dari 7 minit plus minus 15sec. Dini buat benefits of taekwondo sbb dini belajar taekwondo so topik ni dkt dngn diri cehhh
iii. Persuasive speech (speech yang nak ajak org setuju dgn kita) dini agak tak suka speech ni sbb banyak kerja. Kena cari topik yg at least 60% dari kelas bangkang and buat survey guna google form. Belum lagi cari fakta yang buktikan dia salah and support opinion kita.
tapi class ni seronok!! dr pun baik😍
5. Psychology in Learning Mathematics
Subjek ni banyak benda dini nak cerita!! Google meet tahu an hah semua functions dlm tu guna😂 Dini rasa mcm kelas ni special lain sangat dari kelas lain. Kalau kelas lain mostly kita dengar je kan tapi kelas ni kena fikir, type pendapat kita dkt chatbox tu and nama yang bertuah explain la pendapat tu😂(if takde siapa volunteer). Ingt lagi first2 kelas je sir tnya 'kenapa awk amik course ni' and 'what is mathematics' pastu habis kelas amik kau kena tulis esei 'what is mathematics' satu muka surat :')
lps dr explain 'what is mathematics' then trust me soalan no6 & 7 ni boleh solve in minutes. Soalan yang nampak mustahil rupanya senangg😭 kalau nak try silalah.
and dah 20 tahun baru tahu gambar bawah ni rectangle.
Ada banyak lagiii dini srs belajar banyak benda dalam subjek ni!
korang tahu cikgu korang dkt sekolah ni behaviorist, Cognitivist or maybe Constructivist teacher? korang pulak percaya students belajar macam mana? dalam course ni korang akan belajar okie!!
walaupun sir banyak tnya tapi srs class ni bestttttt!!!
6. Introduction to Science and Technology Studies.
Subjek ni belajar tentang pengenalan science. Macam mana boleh wujudnya science? kira mcm revolusi science lah pastu ada belajar hubungan antara science dgn agama, science communication etc.
subjek ni dini paling ingt dia punya esei test ishh tak nak ingt balik😩 esei tu ada masa 24jam untuk siapkkan and tahu tak dini buat dari pukul 1 tgh hari tu pun rehat sbb makan semua tup2 pukul 1 pagi baru siap submit. Ramai centuh huhu kawan dini sem sebelum ni kata dulu mcq je untungnyaaa. Masa Sem2 ni an esei test ni je benda dini tak suka haha takpelah dah lepas😂
Pastu ada satu je kerja kumpulan buat Poster pasal facebook hacked (dini ada post dkt blog sebelum)
7. Ethics and Safety
Ni ada dua satu lecture satu lagi PBL.
lecture belajar mcm keselamatan dlm makmal and etika untuk setiap cabang science (kimia, fizik, bio, math, geo). Math and geo takde pasal makmal. Lecture subjek ni prerecorded tapi ada je topik yg live.
PBL ni mcm kumpulan kecil sikit untuk kerja poster. Ada 4 group(satu group 6 orang) dapat mcm situation yang kita kena test and buat keputusan.
Lpstu ada online test mcq jugak.
8. Statistics
Subjek ni jelah subjek math dini amik sem ni tapi ni bukan subjek major sbb dini dah amik terus sem lepas. Bagi dini statistics math yg susah jugaklah huhu test dini sikit gak markah :')
Statistics ni yg banyak2 data kira cental tendency tu masa sekolah. Sama je mcm belajar dkt sekolah or pre-uni dulu tapi ada tambah sikit mcm hyphothesis test.
Subjek ni ada
2 quiz-mcq (1 quiz 10%)
1 test (20%)
1 assignment-24hours test (30%)
Final exam (30%)
btw ni jadual sem 2 dini (scan yg dini tulis dlm buku sbb dah terdelete haritu rasanya)
kalau nak tngk setiap sem belajar apa boleh
klik sini start page23
Dini tulis blog ni sbb maybe ada org lain berminat nak tahu? ada ke😂 and untuk dini recall apa dini pernah belajar sebelum ni hahhaha yeye
Okayy itu je dulu kalau ada apa2 nnti dini tambah. Saja nak bagitau yang jumaat depan dini dpt vaksin yayyyy tu je byee assalamualaikum have a nice day💜
update: Korang dini dah dapat result sem2!! (5/8/21) Dini share sini okayyy😂
Alhamdulilah dini dpt dekan lagiii😭
Jujurlah statistics ni belajar mmg senang faham tapi bila tiba test/exam soalan dia fuh next level sumpa past year pun senang!! Jadi B tu pun dah bersyukur weyhh😭 Ada satu test tu tak silap dini mmg ramailah E jadi jangan pandang rendah subjek ni and try your best okayyy
Subjek lain jangan risau senang je kalau assignment buat elok2 boleh dpt A punya In Shaa Allah
Semua subjek kawan korang akan amik sama jugak kecuali english yang ikut band MUET. Dini band 4 jadi sem1 mmg semua wajib amik mastering english and wajib lulus ofc lpstu sem 2 ada,
3 pilihan english course- mastering english/writting skills/presentation skills.
Antara 3 tu korang kena pilih 1 and cadangan dini amiklah presentation skills!!! korang boleh pilih occ (kumpulan) and lecturer sendiri hahah mintaklah cadangan senior nk pilih mana😂
kalau ada apa2 soalan boleh komen atau pm dini dkt ig
@nrxdini okiee
assalamualaikumm akak, boleh saya tanya degree pendidikan matematik dengan degree sains matematik pendidikan berbeza ke ? dan brp pointer akak time akak masuk pendidikan di um ni?
ReplyDeleteWaalaikumusalam haii both actually sama je pendidikan matematik cuma dkt UM course ni under fakulti sains bkn fakulti pendidikan. Nama asal course ni pun 'science with education' tapi ada 4 specialization (math/kim/fiz/bio) yg kita boleh pilih sendiri. Uni lain asing2 mcm kalau math terus science education mathematics.
DeleteHarap menjawab soalan😬 jangan risau pointer tak tinggi sngt pun takpee dini pun 3.75 je..good luck okayy!!💜
Deletesalam nak tanya kalau amik degree pendidikan matematik yang 8 sem kat UTM, nanti belajar pasal apaje
ReplyDeletewasalam maaf yang tu saya kurang pasti tapi boleh rujuk sini http://www.fp.utm.my/academic/BPA20092010/spm/imej/spm.pdf
DeleteDegree pendidikan math dkt um sama tak dengan usm? Taktahu nak cari usm pnya course structure dekat mana
ReplyDeleteSaya rasa lain, cuba cari dalam fakulti punya website?
DeleteUntuk kelebihan yang ada pada diri untuk UPSI tu dini buat apa je
ReplyDeletenak tanya..awak ambil degree sains dengan pendidikan atau degree pendidikan?
ReplyDeleteHaii degree sains dengan pendidikan.
Deleteassalamualaikum haii akak boleh tak share your pengalaman interview in um? what should we prepare and so on? tqsm 😊❤️
ReplyDeletekak... xda update new sem ke??
ReplyDeleteHaii kalau sem3 dah ada, sem4 lepas dini hantar laporan sem khas dini buat okiee
DeleteKak…utk science education um ni kan 8 semester + 3 semester khas, apa yg dimaksudkan dengan semester khas tu?utk apa?
ReplyDeleteHaii 3 semester khas ialah kita kena pergi sekolah. Sem khas 1: pengalaman sekolah, kita kena buat laporan tentang sekolah (area tempat tinggal). Sem khas 2: latihan mengajar 1 (mengajar di sekolah area Petaling jaya) dan masa sem khas 3: latihan mengajar 2 (mengajar di sekolah area Kuala Lumpur).
Delete