Posts

Persediaan Temu Duga SPP 2025

Image
Assalamualaikum dan hai! dalam post ni, saya akan ceritakan mengikut garis masa dari mula graduasi sampailah terkini. Semoga semua template, nota dan pengalaman yang diceritakan boleh membantu good luck!! 5 Disember 2024: Graduasi Graduasi Untuk yang pertama kali baca, haii saya dini dan alhamdulilah setelah 4 tahun berjaya tamatkan pengajian sebagai graduan pendidikan, Universiti Malaya.  24 Januari 2025: Hebahan pengambilan dan kemaskini laman web SPP layout laman web SPP Selepas grad, saya isi permohonan di website spp  dan cuma kemaskini (WAJIB) pada 4 Februari 2025 Saya ada highlight kan nombor 3, sebab tu wajib kemaskini! (sumber: laman web spp ) 15 Ogos 2025: Semakan Status Urusan Temu duga Tahun 2025 spp dah tambah baik sistem. Masa ni sangat bersyukur sebab walaupun tak tahu temu duga siri berapa, sekurang-kurangnya tahu akan dipanggil nantii🤩 27 Ogos 2025: Hebahan Panggilan Temu duga Pukul 4 petang ada keluar hebahan siri 10, terus masukkan ic dan alhamdulilah gilir...

Pengalaman Ujian Medsi dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020

Image
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua :)  19/8/20 - keputusan UPU keluar dan alhamdulilah saya dapat pilihan pertama!  Jadi, saya nak berkongsi pengalaman dan proses sebelum mendapat tawaran di Universiti Malaya. Semoga boleh membantu sedikit mereka yang ingin mengambil program pendidikan. UPU saya letakkan Sarjana Muda Sains dengan Pendidkan (UM) sebagai pilihan pertama dan Sarjana Muda Pendidikan Matematik (UPSI) sebagai pilihan kedua. Bagi program pendidikan, kena lalui 2 peringkat tambahan iaitu Ujian Medsi dan temu duga Universiti.  Ujian Medsi 18/3/2020 - Alhamdulilah saya terpilih untuk menduduki ujian medsi. Ujian medsi ialah ujian personaliti yang merupakan saringan awal untuk kenalpasti sama ada kita sesuai untuk jadi guru atau tidak. Jangan risau tiada soalan akademik seperti Matematik dan pilihan jawapannya sama ada ya atau tidak sahaja. Ujian medsi online dan waktu saya ada, 96 item soalan tempoh masa: 45 minit setiap halaman soalan 30-60 saat tidak bol...