Nak buat apa lepas terima result UPU? - STPM/Setaraf

Assalamualaikum and haii!

First of all, CONGRATS on your UPU results!! Welcome to degree lifeee

So, apa nak buat lepas cek upu??

Dini rasa sama je prosedur untuk setiap uni tapi dini terang dgn lebih terperici untuk UM okayy

1) Cetak surat tawaran dan lampiran berkaitan

surat tawaran & lampiran ni akan ada dalam maya (laman web UM).  Both surat tawaran and lampiran penting untuk proses seterusnya. 

Apa nak buat lepas cek UPU


2) Terima tawaran

waktu cek result upu, korang ditawarkan tapi korang masih boleh pilih untuk terima/tolak tawaran upu tu. kalau nak, terima okay nnti pihak uni ingt kita tak berminat. 


3) Buka akaun bank

Setiap uni lain2 panel bank and kalau UM- BANK ISLAM. Jadi kena pergi mana2 cawangan bank islam  untuk buka akaun okay (kalau dah ada just mintak surat pengesahan akaun). Waktu dini walk in je tapi skrg covid maybe kena buat appt dulu rasanya (cuba call tanya). Bawa kad pengenalan(original) and surat tawaran yg dah print sebelum ni.

Apa nak buat lepas cek UPU

Mula2 dini pergi bank islam bandar hilir woah mmg ramai students and dini beratur tak gerak2 weyh. Lpstu ada sorang pak cik ni kata kalau nak cepat pergi cawangan banda kaba sbb ramai tak tahu (ya including me hehe). Terima kasih pak cik!


4) Pemeriksaan Kesihatan

Setiap pelajar nak masuk ipt wajib buat pemeriksaan kesihatan. Korang boleh je pergi mana2 klinik kerajaan/swasta (ada kawan dini kata uni dia wajib klinik kerajaan- so ikut uni masing2 okay). Dini maleh nak buat appt semua pergi je klinik swasta and lagipun uni dini tak kisah mana2. Bawa kad pengenalan(ori) and borang laporan permeriksaan perubatan (ada dlm lampiran yang kita kena print).

Pakai je baju and tudung yang senang sarung sbb kena xray. Poliklinik ni dpt sekali dgn xray film tapi tak guna pun. 


Apa nak buat lepas cek UPU


5) Ambil gambar passport

Ada beberapa dokumen perlukan gambar and kena upload dlm sistem. Gambar dini dah habis alang2 tu ambil gambar baru hehe tak pakai banyak pun. Dini print 20 keping mcmtu tapi guna 5 je rasanya😂 takpe boleh simpan *sedapkan hati

btw gambar latar belakang biru


6) Mohon Bantuan One-off/pinjaman/Biasiswa

Masa kan banyak mohonlah apa2 yang korang nak okiee

Bantuan one-off ni setiap negeri ada rasanya, kalau duduk Melaka pergi pejabat TAPEM mintak borang bantuan one-off lepastu lengkapkan dan sediakan dokumen yang diperlukan (dah disahkan) then hantar balik dkt pejabat TAPEM (yup bantuan ni tak boleh mohon secara online).

Apa nak buat lepas cek UPU

kebiasaanya mmg masa ni ramai mohon PTPTN tapi dini tak mohon jadi dini tak tahu sngt.


7) Pengesahan dokumen

yang ni dini suka buat last2 maksudnya lepas dini dah kumpul semua dokumen yg nak disahkan tu barulah cari ketua kampung atau sesiapa yg boleh untuk sahkan. Macam haritu dini buat 3 set- 1 untuk UM, 1 untuk pinjaman tapem & 1 untuk bantuan one off. Jadi tak payahlah pergi banyak kali😭



kalau masa dini UM mintak salinan sijil ni (yang disahkan). Tapi dini daftar online jadi ada lagi salinan tu dkt rumah😂

8) Muat naik gambar/dokumen

kalau UM kena muat naik gambar ukuran passport untuk student card and hantar laporan pemeriksaan kesihatan dkt email (nnti pihak perubatan send email dkt kita untuk hantar)


9) Bayar yuran

korang kena bayar yuran sebelum tarikh tertentu dan harga ofc berbeza ikut course dan uni. Kalau UM korang boleh bayar online (FPX) atau pergi bank bayar. 


10) Daftar Subjek

last sekali sebelum korang start belajar korang kena daftar subjek. It's okay nnti akan ada dr bagi penerangan lengkap and korang just ikut jeee hehe dini pun volunteer assist year 1 students see yaaa!!




setakat ni dini rasa tu je. Sokay harini baru dpt result upu kan jadi nnti UM bagi carta alir kena buat apa untuk ikut dalam telegram. congrats again and good luck in your study okiee <3

macam biasa kalau ada soalan boleh komen atau nak cepat dm je bye :)

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi dini, ada apa apa borang kena dicop ke eh? I mean selain biasiswa or bantuan tu semua.. untuk kegunaan uni ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii untuk kegunaan uni ada. Dalam lampiran dia minta serahkan sijil yg telah disahkan benar (cop pengesahan) semasa lapor diri.

      Delete
    2. Boleh cek dlm ur senarai semakan dokumen okay sbb takut setiap tahun lain (dini dah update dlm blog🤗)

      Delete
  3. Hi akak...time sem1 ada ambil integrating stem in sc&math education tak ? Nak tanya which lect akak pilih? Thank you ����‍♀️

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Matrikulasi best ke? Pengalaman- Kolej Matrikulasi Melaka 2019/2020

Pengalaman Ujian Medsi dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020

Sem2- degree pendidikan UM (math)