Kewangan semasa degree & iv tapem 2021
Assalamualaikum and hai
Haritu ada yang tanya tentang kewangan masa degree. Mmg nama kursus pendidikan tapi tak macam ipg yang ada elaun dan kewangan yang ditanggung okay jgn confius. Korang boleh mohon ptptn, mara, bantuan pendidikan anak negeri, pinjaman boleh ubah bank rakyat, biasiswa etc.
Jadi, harini dini cerita dini punya kes gitu😂
Nak senang ofc mohon je lah ptptn an tapi abah tak bagi dini mohon jadi nak tak nak kena cari alternatif lain.
Lepas dini habis matrik and dpt masuk uni dini try cari biasiswa tapi tuhlah kelayakan memenuhi tapi kebanyakkannya tak terima students bidang pendidikan. Mesti 'bidang pengajian yang tidak ditaja-pendidikan' ataupun ada yang terima semua tapi keutamaan diberi kepada bidang pengajian sekian3. Ada yang under KPM terus tapi math takde ;')
yang ni lah tapi math takde huhu |
Apa2 pun korang try lah cari and mohon In Shaa Allah ada rezeki. Dini biasanya tahu update biasiswa dkt telegram ni INFO BIASISWA
Sedara abah kata cuba try mohon tapem sbb dia pun dulu mohon tapem and bayar balik tak banyak. Kalau first class degree tak payah bayar balik jadi dini try mohon (online- eTapem). Dini mohon waktu belum masuk uni lagi tapi dah dpt tawaran.
Lps mohon online dini kena print borang, isi, buat pengesahan sijil semua dan hantar dkt pejabat Tapem. Selepas beberapa bulan kawan semua yang mohon dapat masuk satu group whatsapp untuk proses iv jadi dini mcm peliklah like asal aku tak dapat? tak layak ke? masa tu sedih jugaklah yelah dah lah course dini susah cari biasiswa lpstu pinjaman bank rakyat gagal pulak tu.
Dini buka website tapem tu tgk status permohonan still dalam proses...kawan dini pun tapi kenapa dini takde dlm group whatsapp hah sudahh😠terus pergi email tapem tanya boleh tak nak tahu status permohonan sama ada gagal atau masih ada harapan sbb yelah at least tahu lah an. Dia tak reply email.
Abah ajak pergi pejabat terus tanya and rupa-rupanya sbb dini tak cukup syarat sebenarnya tu tak dpt temuduga langsung. Dia ada 8 kriteria and wajib lepas at least 6 kriteria tapi dini 5 je huhu (faham sbb ramai kan mohon). Puan tu cadang buat rayuan tapi still kena cukupkan kriteria and untuk cukupkan tu mak dini kena tukar alamat mengundi dkt melaka (sebelum ni johor).
*Korang pergi terus pejabat kalau tak reply email.
Keesokannya, dini dgn mak pergi UTC untuk uruskan semua. Nak tukar alamat mengundi dkt pejabat pos, ic wajib alamat melaka jadi pergilah JPN dulu and alang2 tu dini pun tukar ic baru sekali (wajib buat gantian ic sebelum umur 25 tak silap kalau tak kena denda). Balik tu terus buat surat rayuan dan hantar dkt tapem.
lama jugaklah sbb skrg dini dah habis year 1😂 masa tngh cuti sem ni dia masukkan dini dlm group whatsapp untuk proses iv. Dia bahagikan kitaorg dlm kumpulan (4 org per group) and masuklah iv ikut tarikh and group yang ditetapkan. Dini group last (5/8/2021) and ada dua orang penemuduga. Dia tanya apa? waktu dini dia tnya:
- Perkenalkan diri (tentang diri, keluarga dan bidang pengajian/uni)
- Terangkan bidang pengajian yg tgh diambil (dini bagitahu course dini belajar apa and bidang kerjaya)
- Result awak baik kenapa tak mohon JPA? (walaupun 4flat tapi still bidang pendidikan tidak ditaja JPAðŸ˜)
- Tahu Tapem dari mana?
- Waktu sem1 guna duit siapa bayar yuran (sumber kewangan)
Dia mcmni setiap org dia tnya semua soalan terus bukan jawab gilir2 faham an. Contoh dia tnya dini 5 soalan terus okay settle pergi tanya Aminah pulak centuh. Sebelum ni dini baca blog ramai kata baca pasal negeri masing2 and pemimpin semua. Dini baca tapi dia tak tanya pun sokayy tambah ilmu pengetahuan😂
skrg ni(6/8/21) dini tulis blog ni and tgh tunggu keputusan tapem. Apa2 dini update okieee bye <3
kalau nak tanya boleh komen atau dm ig dini @nrxdini okiee
nak tanya pinjaman tapem bagi untuk satu sem berapa ye untuk ijazah?
ReplyDeleteSatu tahun RM5800
Deleteawak nak tanya , 1 tahun rm5800 , so kalau 1 sem rm 2600 ke
Delete