Gambaran ringkas odl UM & aplikasi yang membantu

Assalamualaikum and hai!

Dini dapat chat dari beberapa orang tanya soalan tentang iv or medsi. First of all, CONGRATSSS!! Alhamduliah. 

Seronok tau bila ada orang tanya lagi2 yang kata keep tulis blog dan kata blog dini membantu😭 💜  thank youuu

Dini tak dapat share banyak benda sebab ye lah tak pernah pergi lagi um tu huhu sedih an :') bangun pagi hadap laptop je tapi hehe dini boleh share macam laman web, app atau cara odl dkt UM.

kalau nak tahu silalah baca <3

Laman web atau app UM

1. Spectrum

odl UM
spectrum

okay ni laman web utama pembelajaran dkt UM haha senang cerita memang hari2 kena bukaklah😆 

tujuan:

-submit attendance 
-submit assignment
-dapatkan lecture notes/prerecorded lecture
-jawab test
-tahu markah test/quiz
-announcement dari lecturer/minggu tu belajar apa
-pm lecturer
-link group whatsapp (first day setiap sem) 

banyakkan? jadi kalau tak boleh bukak murunglah jugak😂  dalam gambar nampakkan setiap subjek, jadi tekan lepastu nnti keluar semua functions tu.  

odl UM
macam ni

2. Maya
ni pun laman web UM tapi dini jarang bukak sbb tak banyak sngt benda guna maya ni. Dini buka awal sem and dah habis setiap sem.

 

odl UM
Maya


Tujuan:

- daftar subjek 
- cek keputusan 
- bayar yuran 

dari tujuan boleh nampakkan kenapa dini buka awal and akhir setiap sem je kan😂


3. UM touch 

App ni dini guna untuk scan QR code attendance sbb kalau kita scan guna app lain or camera mmg error haha dia nak um touch jugak!😂

odl UM
UM touch

Dini rasa kalau duduk kolej mmg banyak kegunaan dia tapi skrg ni dini nampak untuk scan attendance je lah hehe

Secara umum setiap hari selalunya dini submit attendance dkt spectrum and join meeting(live class).

App yang membantu

Okay habis tu je untuk um punya laman web dan app. Dkt sini selaunya meeting guna google meet or microsoft teams. Zoom jaranglah dini pernah satu subjek je pakai zoom tu pun sem1.

lain-lain app yang membantu dini

1) microsoft stream- nak tengok balik lecture yang dah record masa live class (class dekat microsoft team je boleh guna ni)

2) Google drive- paling pentingggg haha buat kerja group memang banyak guna ni. Banyak sngt nak explain satu2 untuk apa tapi mmg wajib ada.

3) Office lense- app ni dini guna untuk scan jawapan masa test. Kalau pakai iphone boleh guna dkt notes je tapi dini lagi suka office lense.

4) Google classroom- ni bukan semua lecturer guna tapi dini memang download dkt phone sbb ada sesetengah lecturer bagi kerja semua dalam tu.


Kelebihan student acc

nanti korang akan dapat student acc/ student mail and memang sangat3 berguna!!

1) Full Office 365 free

korang just download and login guna students acc korang mmg free. Ni dini download dalam laptop memag semua guna kecuali onenote lah. 

odl UM
office 365


 

2) Premium canva

hahah korang takyah cakap alaa takpe tak guna sbb bukan edit apa2 pun..noooo korang akan ada banyak kerja mengedit dini rasa semua course sbb subjek bnyk edit ni subjek wajib universiti, memang tak boleh lari. Alaaa takpe edit simple2 je dan masa ni lah nak belajar. Sama jugak login guna student acc tapi bukan terus login. Takpe korang try dulu and if tak boleh jugak pm me dini tunjuk satu2. 

odl UM
canva: poster subjek introduction to science and technology


Setakat ni tu je kalau ada apa2 dini tambah okay. Macam biasa kalau ada soalan ke nak tanya apa2 just chat me dkt ig @nrxdini. Nak email or komen boleh jugak mana2 yang korang senang. Okay byeee have a nice day<3




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi best ke? Pengalaman- Kolej Matrikulasi Melaka 2019/2020

Pengalaman Ujian Medsi dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020

Sem2- degree pendidikan UM (math)