Sem 1 online- degree pendidikan Universiti Malaya
Assalamualaikum dan hai semua!
Calculus ft kfc hehe |
29/1/21 haritu dini dah habis final exam sem 1 dan sekarang dini tngh cuti!! So dini nak share pengalaman dini belajar sem1 online..best ke?
Nak kata best sejujurnya tak lah😂 tapi tak seteruk yang dini sangka. Dini first year student, masuk degree life dengan tak kenal sesiapa and yeah kitaorang buat kawan pun 'online' hahshha. Dini rasa hampir semua yang dini rapat sekarang sbb diorang chat dini dulu omo thank you🥺
Jadual
jadual sem 1 |
Sem ni dini ambil 6 subjek (jumlah keseluruhan 19 kredit)
- Basic Mathematics (4 kredit)
- Calculus 1 (4 kredit)
- Mastering English VI (3 kredit)
- Integrating STEM in Science and Mathematics Education (3 kredit)
- Basic of Physical Education, Health and Cocurriculum (3 kredit)
- Philosophy and Current Issues (2 kredit)
Assignment
Assignment course ni dini boleh katakan manageable. Dini tak rasa stress buat assignment mungkin juga sebab group members yang bagi kerjasama dan lecturer yang memahami. Betul ni jujur dini kata bukan sebab nak jaga hati, diorang pun tak tahu dini ada tulis blog😂
Rasanya semua subjek kitaorg buat kumpulan sendiri, semua letak nama sendiri nak masuk group mana. Lpstuh salah sorang buat group whatsapp untuk kumpulan and kitaorg start bincang dan bahagikan tugas.
First individual assignment dini kena record video pjk- bola jaring, lontar peluru dan baton passing. Dini pergi sekolah untuk pinjam alatan sukan dan alin tukang record hehe
ni masa pergi sekolah pinjam alatan sukan |
ni contoh poster group dini subjek falsafah |
ada juga kena bina projek(prototaip) ni untuk subjek stem.
Test
Test tngk subjek jugak macam calculus dini ada 2 test satu sem ouhh yaa jangan risau waktu first class dr explain pecahan markah test&assignment siap week berapa lagi. Sem1 dini takde test mengejut nasib baik😂
Test yg melibatkan pengiraan macam calculus atau basic math dini tulis dekat kertas kajang lepastu scan guna phone dan hantar dekat spectrum. Masa selalunya 1 jam 30 minit dan ada masa tambahan untuk scan and submit.
Ada juga test yang kena buka spectrum dan jawab dalam tu. Contohnya, English ada masa dari 9am sampai 9pm untuk jawab soalan (objektif). Boleh jawab bila2 kita nak dalam masa tu tapi sekali dah start jawab ada masa 5 jam nak siapkan. Tak silap dini alasan masa lama sebab yelah masalah line internet sesetengah orang kan.
English pun ada speaking test hehe kitaorang guna google meet masa test.
final examination
Tak semua subjek ada exam akhir. Macam course dini, 5 dari 6 subjek ada exam akhir. Cara exam akhir pun lain2, contoh falsafah exam akhir kena buat esei berkumpulan. Ada yang objektif semua. Masa pun lain ada yang berjam dan ada yang berhari.
Seronok masa ni habis final exam😭 |
Projek kolej
Projek kolej mestilah fizikal je best online buat apa je😭 Awal2 dulu projek2 ni ada buat pendaftaran ahli baru, kalau berminat isi maklumat and nnti ada iv. Kalau lepas iv maksudnya jadilah ahli🥳
Dini ada masuk 2 projek kolej- projek yusuf, revolve
kalau nak tahu projek apa tu boleh tngk social media kelab ni- Projek Yusof, Revolve
Dini rasa sampai sini je dulu. Bye Assalamualaikum💜
Comments
Post a Comment