Dini's Braces Journey
Assalamualaikum dan hai semua <3
harini dini nak share my braces journey hahahha macam proseslah😂
2019
Dini pakai braces sebab masalah 'overbite' kalau jumpa depan-depan memang ketara sangat. Jadi dini pergi klinik gigi dan dr tu cek gigi dini, scalling, cuci gigi dan buat mould hari yang sama. Lepastu dr bagi satu surat untuk buat xray dekat tempat lain sebab klinik tu takde perkhidmatan xray.
Esoknya, dini pergi hospital pantai untuk xray gigi. Next, dini sepatutnya bawak xray film tu pergi klinik and bawa duit pendahuluan RM1000 untuk proses seterusnya an tapi kisah sedih ringkas dia result matrik keluar so proses braces dini terhenti😭 sbb berhenti? banyak sebab jugak sebenarnya.
2020
haiii kembali dalam proses braces ni fuh lama betul😆 okay lepas dini dah habis matrik dini tanya abah boleh tak dini nak sambung appt braces. Lepas abah bagi dini terus pm klinik tu tanya boleh tak nak sambung proses braces ni. Dia kata boleh, bawak je xray tu dulu untuk dr tengok.
kena tunggu 2 minggu lepas cabut gigi baru dini boleh teruskan dengan proses seterusnya. Lepas dah cabut gigi tibalah hari yang ditunggu-tunngu..Braces on!!! alaa yang letak bracket besi dekat gigi tu. Dr letak dekat gigi atas dulu sebab tak nak sakit sangat? bila dah pasang braces dini kena bayar duit pendahuluan RM1000. Sakit? jujur tak sakit sangat pun dini tak makan ubat tahan sakit sebab sakit dia boleh kawal lagi cuma tak boleh gigit makanan huhu..dini makan bubur je dalam seminggu tu sbb memang tak boleh gigit. Kalau korang takut nak pakai braces sebab kesakitan dia jangan risaulah tak sakit mana pun. Sebelum dini balik dr explain cara gosok gigi, alatan semua dan apa boleh makan tak boleh makan.
ni yang dini dapat masa hari pasang braces
Dini mungkin akan tulis post baru tentang berus semua ni. okay next appt dini bulan yang seterusnya pasang bracket braces unuk gigi bawah pulak, tak sakit sangat sebab dah selesa dan dah biasa mungkin. Dia macam ni, setiap bulan akan ada appt braces, ofc boleh pilih getah warna yang korang suka. Dr akan tukar wayar lebih tebal, pasang apa yang patut semua bergantung dengan perancangan dr dan gigi korang.
![]() |
braces bawah |
Proses
dini simpulkan proses dini pakai braces macamni (tak semua orang sama)
consultation> mould> cuci & scalling > xray > cabut gigi > braces on
Kos
Kos semua orang tak sama sebab bergantung dengan keadaan gigi korang dan tempat(klinik). Dr cek gigi dini dari 3 tahap dini tahap yang kedua- tak senang dan tak susah. Dr cas dini RM6500. Alhamdulilah dini datang balik klinik tu hari last promotion. 20% discountttt!!! banyak tu kiranya dini jimat RM1300. Jadi dini punya harga braces jadi RM5200.
Dini kena bayar pendahuluan RM1000 waktu pasang bracket braces jadi dini kena bayar lagi RM 4200 (RM5200-RM1000). Setiap bulan dini kena bayar RM350 untuk setahun sahaja (RM 350 x 12 bulan= RM4200). RM5200 hanya duit braces sahaja tak termasuk retainer semua.
Retainer RM 400 tapi sebab dini menang cabutan bertuah dapat voucher retainer RM 200 jadi nanti dini bayar RM200 je alhamdulilah.
Tempat
Dini buat braces dekat Klinik Pergigian Sharlindah Bukit Baru. Klinik ni ada 4 cawangan dekat Melaka.
Dini rasa sampai sini sahaja perkongsian dini dan kalau ada apa-apa soalan boleh tanya okayyy💜
Comments
Post a Comment