Pengalaman Ujian Medsi dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2020

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua :) 

19/8/20- keputusan UPU keluar dan alhamdulilah saya dapat pilihan pertama! 

Sains pendidikan UM


Jadi, saya nak berkongsi pengalaman dan proses sebelum mendapat tawaran di Universiti Malaya. Semoga boleh membantu sedikit mereka yang ingin mengambil program pendidikan.

UPU saya letakkan Sarjana Muda Sains dengan Pendidkan (UM) sebagai pilihan pertama dan Sarjana Muda Pendidikan Matematik (UPSI) sebagai pilihan kedua. Bagi program pendidikan, kena lalui 2 peringkat tambahan iaitu Ujian Medsi dan temu duga Universiti. 


Ujian Medsi


Panggilan Ujian Medsi
18/3/2020- Alhamdulilah saya terpilih untuk menduduki ujian medsi. Ujian medsi ialah ujian personaliti yang merupakan saringan awal untuk kenalpasti sama ada kita sesuai untuk jadi guru atau tidak. Jangan risau tiada soalan akademik seperti Matematik dan pilihan jawapannya sama ada ya atau tidak sahaja. Ujian medsi online dan waktu saya ada,
  • 96 item soalan
  • tempoh masa: 45 minit
  • setiap halaman soalan 30-60 saat
  • tidak boleh patah balik semua soalan sebelumnya
Ujian Medsi kena jawab sekali sahaja walaupun ada mohon dua universiti atau program pendidikan yang berbeza. Tarikh yang sama saya cek kelayakan, saya dapat slip ujian yang ada tarikh, masa, link ujian dan panduan. Jadi, waktu tarikh yang ditetapkan tu saya cuma buka laptop dan jawab soalan di rumah. Good Luck yang nak amik ujian medsi<3 Tips saya, letakkan diri kita as cikgu masa jawab soalan. In shaa Allah boleh!


Slip Ujian Medsi 2020

ni slip ujian tu


Temu duga

Universiti Malaya

22/6/20- Tarikh ni saya dapat tahu sama ada saya lulus ujian medsi atau tidak dan alhamdulilah saya lulus!

temuduga sarjana muda pendidikan
temuduga sarjana muda pendidikan


Bila dah lulus kita akan ditemuduga dan cara temu duga juga bergantung pada universiti yang dimohon. UM jalankan temu duga menggunakan aplikasi Google Meet. Saya nasihatkan tolong rajin cek email sebab ada dokumen yang perlu kita hantar ke pihak pengurusan sebelum hari temu duga. Dua hari sebelum hari temu duga saya dimasukkan ke dalam group whatsapp untuk memudahkan komunikasi bagi giliran temuduga. 

29/6/20-Tarikh temu duga UM. Sejujurnya takut jugalah walaupun bukan jumpa depan-depan pun😂 30 minit awal saya ready depan laptop tunggu giliran dan dalam pukul 3.30 saya masuk meeting tu. Ada 3 orang panel dan saya sorang sahaja calon. Masa temu duga dalam 10 minit, bilangan soalan yang ditanya 6 dan soalan alhamdulilah yang dijangka. Kalau panel tanya dalam English jawab pun dalam English dan kalau tanya dalam bahasa Melayu jawab pun dalam bahasa Melayu. Haritu dalam 6 soalan, 2 soalan ditanya dalam bahasa Melayu dan yang lain English. Panel baik dan tak menakutkan langsung hehe semua perempuan. 

UPSI

Sebelum 10/7/20- untuk UPSI pula saya kena buat rakaman video berdurasi 7 minit, muat naik video ke Youtube(unlisted) dan hantar link video serta borang perakuan rabun warna dalam egeneric sebelum 10/7/20.

dalam video tu ada 3 bahagian
  • bahagian A(2 minit)- pengenalan diri, laporan ujian rabun warna dan kelebihan diri
  • bahagian B(3 minit)- persembahan pengucapan awam (ada 7 tajuk kena pilih 1)
  • bahagian C(2 minit)- menjawab 4 soalan yang diberi dalam bahasa Inggeris
temuduga sarjana muda pendidikan


Jadi siaplah video tu. Tapi saya tak boleh share sebab rakaman video tu dah jadi hak milik upsi.

Saya rasa buat masa ni itu sahaja perkongsian dan saya harap dapat membantu sedikit mereka yang nak sambung program pendidikan. Kalau ada apa-apa soalan tanya je okayy💜Akhir kata, good luck dan jangan berhenti berusaha. Fighting!!

kalau nak tnya apa2 boleh dm okayy @nrxdini
Btw saya buat ni nak simpan tapi kalau nak tgk suasana UM sikit silakan😂  https://youtu.be/l6Xx9RUIAPM

Comments

  1. Dini..boleh saya nak bersembang panjang pasal ujian medsi ni tak?

    ReplyDelete
  2. Dini. Ujian medsi tu x leh berpatah balik kan ? Tapi kenapa sy patah balik . Boleh je. Ke sy silap 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu kan, dini.. Saya nk tnye, untuk Messi tu awk jawap utk soalan yg ad 5 jwpn tu.. awk jwp 1@5 je ke ?

      Delete
    2. Alamak I'm so sorry🥺 dini baca panduan yang kata tak boleh patah balik so tak pernah try.

      Delete
  3. Apa apa soaln yang mereka tanya? Tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sy iv soalan yg ditanya saya ringkaskan mcm introduce yourself, kenapa nak jadi cikgu, selain math nak ajar subjek apa (sbb UM ada 4 specialization), kekuatan diri, pendapat ajar math&science in english and about open market (perancangan kerjaya). Tiada soalan isu semasa or falsafah pendidikan etc tapi digalakkan baca okiee. GOOD LUCK!!

      Delete
    2. assalamualaikumm dini. falsafah pendidikan tu macam mana yer ? boleh explain details

      Delete
    3. Walaaikumusalam haii! dini try explain bahasa mudah, falsafah ni mcm pegangan /kepercayaan/prinsip/pandangan. Jadi kalau falsafah pendidikan ni prinsip yang menbincangkan pelbagai perkara tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah. Macam pendidikan ini bertujuan untuk apa?

      kalau dlm Malaysia ada Falsafah Pendidikan Kebangsaan - 'Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.'

      Delete
    4. Kiranya guru boleh jadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan as prinsip atau pegangan gitu. Boleh faham ke?😬 kalau UM nnti sem1 ada belajar falsafah pendidikan🤩

      Delete
  4. Dini..boleh saya nak bersembang panjang.

    ReplyDelete
  5. sains pendidikan pada 13.7.2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sureeee ouhhh tuh ur ig acc sekejap eh sorry2

      Delete
    2. Done kindly check your dm okiee😊 sorry again :')

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Good Luck tau eskk!! wishing you all the best <3
    nnti dah habis iv kalau nak tahu setiap sem belajar apa boleh tekan link ni start page 20 http://ebook.um.edu.my/fsains/UG20202021/mobile/index.html

    ReplyDelete
  8. Hai congrats and good luck!!!!🤩 maybe boleh cuba fahamkan course awk tentang apa? Lpstu buat soalan dari situ. Kalau dini guna kaedah 5w 1h

    What- apa yg awk faham tentang course tu.
    Why- kenapa awk pilih course tu berbanding course lain/ kenapa uthm/ kenapa nak jadi cikgu.
    When&who- apa yg awk nampak diri awk akan dtg /as apa/ your future plan bila habis degree tu.
    Which- tak silap sy vokasional luas jadi awk pilih yg mana?

    How-ni maybe soalan opinion mcm cara awk solve problem. Cth: Mcm mana awk nak tarik minat students yg tak minat bidang vokasional/ pendapat awk tentang kerjaya lepasan vokasional- ramai kata takde kerja contohnya.

    Boleh baca current issue vokasional atau bidang tvet untuk dptkan jawapan yg lebih baik.

    Bagi saya interviewer nak tngk awk faham tak apa yg awk nak buat nnti.

    Sorry if tak menjawab soalan huhu

    ReplyDelete
  9. Klau dpt medsi ni kt UPU ni , masih kena jugak apply ptptn ke..ataupun ada elaun bulanan tetap macam IPG?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry degree pendidikan di universiti tiada elaun mcm ipg. Boleh buat pinjaman mcm ptptn untuk bantuan kewangan.

      Delete
  10. Salam. Boleh tahu jumlah pelajar sains pendidikan di
    UM. Ada berapa kelas. Fizik.kimia.biologi. math.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam hai😄Jumlah dini tak tahu sorry tapi dlm satu sesi kurang dari 60 org lah sbb dr kata batch kitaorg paling ramai😂

      Kalau sesi kemasukan sama dgn dini (sesi 2020/2021) ada 58 org
      Math-19
      Fiz-6
      Bio-10
      Kimia-23

      Dini tak tahu nak jawab ada berapa kelas mcm mana. Sbb kitaorg takde kelas. Ikut specialization je (ni lah kot kelas?)

      Delete
  11. Purata merit untuk sains pendidikan berapa?

    ReplyDelete
  12. Hii!! Nak tnya if result temu duga kluar, salunya kluar bila? Sekali dgn upu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii!! Yup sekali dgn upu. Kalau dpt tawaran course tu masa cek upu maksudnya lulus temuduga😄

      Delete
  13. Assalamualaikum kak dini,nak tanya video utk upsi tu,nnti pihak upsi bagi soalan,lpstu kite kene submit time tu jgk atau pihak upsi bagi masa untuk submit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..nope dia bagi masa berhari jugak untuk prepare jawapan and record semua. Good luck!!

      Delete
  14. Kak Dini, boleh saya tahu kenapa kak Dini letak UM sebagai pilihan pertama berbanding UPSI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello there! jujur sbb UM my dream uni? Dari dini sekolah nak masuk sebab nampak senior mcm best je dkt sana AND YEAH BESTTT!! bagi dini subjek pendidikan dkt UM ni seronok, banyak aktiviti yang menarik dan banyak jugaklah dini baru tahu. Tapi ni nasihat, kalau nak pilih UM tolong pertimbangkan faktor lain lagi2 kewangan. Bagi dini yuran kolej dia agak mahal (1k per sem) tu pun year3 susah nak dapat kolej jadi dah kena fikir nak duduk mana area kl ni which lagi mahal kan.

      Delete
    2. Yang lain semua okayy!! Nak lagi best masuk projek dari situ boleh berkawan. sini paling best nak pergi mana2 senang dan banyak tempat menarik hehe banyak nak cerita tapi nnti dini update post baru (In Shaa Allah lepas final exam yang habis 16/2 ni aaa takut wish me luck T^T)

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam maaf lambat reply. Ada mathematical project boleh tngk sini https://ism.um.edu.my/mathematical-science-project-course

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalam dini,maaf bertanya masa awak apply dan dapat UM tu berapa cgpa Matrik awk. Anak sy yg nak mohon, minat Sgt katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam saya tak 4flat pun huhu sem1, 3.58 dan sem2, 3.92 jadi cgpa 3.75. Saya rasa kalau purata merit dalam 94+ boleh sangat and yang paling penting iv good luck semoga bejaya amin

      Delete
  18. Assalam, maaf tetapi saya ingin bertanya, open market tu maksudnya bagaimana? Adakah skop pekerjaan nya tidak tertumpu pada perguruan atau bagaimana? btw thank you for sharing your experience for interview and medsi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, open market maksudnya tiada penempatan khas selepas graduate. Macam ipg lepas dah habis ada penempatan teruskan hah kalau course ni kena mohon and cari sendiri. Kita still boleh pilih untuk jadi cikgu atau kerja dalam bidang sains. Hope membantu aaaa most welcome!!!💜

      Delete
  19. Hello hye there . Nk tnya interview utk upsi mcm mana ye ? Gmeet jugak mcm UM ke atau kena pergi pusat upsi tu sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello hyee maaf tu saya tak tahu sbb setiap tahun lain ikut keadaan semasa. Selalunya pihak uni akan beritahu melalui email atau website.

      Delete
  20. salam dini, saya nak tanya. kalau temuduga ni kita past untuk kedua dua nya, contoh medsi tu kita past, maksudnya kita juga layak la ye ditemudga untuk kedua kedua universiti dipohon contoh saya mohon upm dan juga upsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, yup kalau lulus medsi awk akan ditemuduga oleh dua universiti tu.

      Delete
  21. Dini klu x dpt ujian medsi tu still dpt temuduga x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gagal medsi kiranya awak tak boleh pergi peringkat seterusnya which is iv. Jadi tak dapat temuduga.

      Delete
    2. Maksudnya, kalau gagal medsi kiranya dah tak berjaya masuk kursus pendidikan dan akan terus ditawarkan pilihan ketiga dan seterusnya dalam upu.

      Delete
  22. Salam dini, nk tnya kalau kita jwb medsi tuu wktu lain mcm mne tpi hari yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam maaf kurang pasti, sepatutnya memang kena ikut waktu yang ditetapkan.

      Delete
  23. boleh tak kalau saya jawab medsi di tarikh yg ditetapkn tpi masa lebih awal dri yg ditetapkn? dpat jwb tpi risau tak diterima kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa boleh je sebab dia buat ikut waktu untuk elakkan ramai login dalam satu masa cuma sebaiknya ikut waktu👍🏻

      Delete
  24. hi dini nk tnya lpas dapt result medsi tu selalunya berapa lama ya tempoh untuk iv, sbb saya ada kt luar kawasan takut terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum , boleh saya tahu macam mana nak tau keputusan ujian medsi selepas jawab ujian tesebut ? berapa lama nak tunggu keputusan ujian medsi ?

      Delete
    2. Waalaikumusalam and hiii masa dini 22 hari so about 1 month jugak.

      Delete
    3. Dia macam ni lepas jawab ujian medsi dalam masa sebulan mcmtu akan ada hebahan tawaran temuduga. Kalau awak dapat tawaran temuduga maksudnya awak lulus ujian medsi dan sebaliknya okiee

      Delete
    4. tawaran temudaga pihak university akan call kita ke?

      Delete
    5. hi may I know mcm mana kita nak tahu result medsi dah keluar?

      Delete
    6. Hai, tiada platform untuk cek medsi berjaya ke tak sebab dia sekali dengan semakan kelayakan hadiri temuduga, means kalau awak cek lulus pergi temuduga then maksudnya lulus medsi.

      Delete
    7. Tawaran temuduga boleh cek dalam website yang disediakan (boleh pergi socmed upu untuk dapatkan link)

      Delete
  25. hi dini. saya ada iv pendidikan hari rabu depan (13/7/22). boleh saya tahu, apa preparation awak untuk temuduga UM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii jom masuk um!!😍 Suree dini cari soalan yang mungkin ditanya and practice jawab. Kalau tanya soalan apa pihak penemuduga tanya dini dulu tu dini ada reply dkt ruangan komen or just dm me nnti dini bagi. Pastikan sediakan dokumen yang diperlukan dan test run okiee paling penting yakin!! Tu yang pihak penemuduga nak tengok and tunjukkan awak layak jadi cikgu all the best🫶🏼

      Delete
  26. hai dini. contohnya, dah dpt panggilan temuduga cth dr ukm...adakah universiti lain cth upsi akn ada panggilan temuduga juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii yup akan ada panggilan temuduga juga sepatutnya. Good luck!!

      Delete
  27. Terima kasih sudi kongsi pengalaman sebab tercari cari juga macam mana lah suasana temuduga nanti. nervous lah pulak nak kena temuduga online nanti. Doakan saya yah! ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2💜 GOOD LUCK!!!! Dini doakan awak berjaya amin

      Delete
  28. dini mcm mna kita nk tahu lulus medsi or tak? terus check panggilan temudugan pendidikan kat website uni ka? and ada kemungkinan tak berlaku mcm ni.. hanya dipanggil utk 1 kos pendidikan sahaja disebabkan kuota dah penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup terus cek dkt website uni👍🏼 Ada kemungkinan tapi kebiasannya semua diberi peluang temuduga.

      Delete
    2. hi , maaff bole saya tahu ig dini 🥺

      Delete
    3. Hii @nrxdini btw kalau i reply lambat just requst dm sbb blog takde noti😭

      Delete
  29. Dia tak suruh mengajar ya? Aaa takut sabtu ni dah iv di UM. 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak perlu mengajar tapi lebih baik prepare satu subtopik untuk mengajar. Boleh jadi pihak sana nak tngk cara, suasana dan cara awk menulis dkt whiteboard(kiri, kanan). Mana tahu tiba2 'okay amik marker depan sana dan ajar satu topik matematik'😂 anwy good luck!!!

      Delete
    2. Assalamualaikum dini, saya ada dm dekat ig :)

      Delete
    3. Boleh saya tanya, awak interview sabtu ni, course apa ye?

      Delete
  30. Hai dini, boleh tak saya nak tanya pandangan awak kalau temuduga nanti dia tanya knpe saya letak UPSI no 2 bukan no 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii huwa susahnyaaa😭 bagi saya jawapan ni kena ada 'tapi'. Maybe saya jawab saya memilih upsi kerana upsi merupakan universiti pendidikan yang terbaik yang menawarkan bidang yang saya minati tapi atas faktor lokasi saya memilih UM sebagai pilihan pertama.

      Delete
  31. hi dini nak tny if stpm cgpa 3 pointer above and kelayakan bagi course tu tak lepas contohnye maths spm tak kredit, still boleh lulus masuk ke? atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii sepatutnya tak sebab kena lepas semua syarat am dan khas tapi boleh cuba email/call fakulti untuk tanya okiee

      Delete
  32. hi dini can you accept my dm request on ig?

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum dini...nak tnya mcm mne kita nk tahu yg kita ni ade temuduga atau tidak selepas ambil ujian medsi? biasanya ambil brape lama utk tahu diri ini layak utk ke bahagian seterusnya iaitu diinterview? betul ke kene tnya ua masing2 yg kita pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, maaf baru reply. Bila ujian medsi lulus automatik layak untuk ditemuduga. Yup kena tanya UA masing-masing.

      Delete
  34. Kalau orang lain jawabkan medsi tu boleh buat report ke sbb x jujur

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Persediaan Temu Duga SPP 2025