Persediaan Temu Duga SPP 2025
Assalamualaikum dan hai! dalam post ni, saya akan ceritakan mengikut garis masa dari mula graduasi sampailah terkini. Semoga semua template, nota dan pengalaman yang diceritakan boleh membantu good luck!!
5 Disember 2024: Graduasi
![]() |
| Graduasi |
Untuk yang pertama kali baca, haii saya dini dan alhamdulilah setelah 4 tahun berjaya tamatkan pengajian sebagai graduan pendidikan, Universiti Malaya.
24 Januari 2025: Hebahan pengambilan dan kemaskini laman web SPP
| layout laman web SPP |
Selepas grad, saya isi permohonan di website spp dan cuma kemaskini (WAJIB) pada 4 Februari 2025
Saya ada highlight kan nombor 3, sebab tu wajib kemaskini! (sumber: laman web spp)
15 Ogos 2025: Semakan Status Urusan Temu duga
Tahun 2025 spp dah tambah baik sistem. Masa ni sangat bersyukur sebab walaupun tak tahu temu duga siri berapa, sekurang-kurangnya tahu akan dipanggil nantiiš¤©
27 Ogos 2025: Hebahan Panggilan Temu duga
Pukul 4 petang ada keluar hebahan siri 10, terus masukkan ic dan alhamdulilah giliran dah tibaa
Persediaan Untuk Temuduga:
1. Fail dan Dokumen

Pastikan ada 3
- Fail Dokumen Temu Duga (letak semua sijil asal mengikut senarai semak)
- Fail RPH (saya bawa semua rph dari Latihan Mengajar 2)
- Salinan yang telah disahkan (sampul surat tak perlu tapi JANGAN STAPLER! guna paperclip sebab urusetia akan semak dulu dan stapler sendiri)
Saya edit template ni sendiri di canva dan kalau nak guna silakan free sahajaa
[Link:
2. Nota/Study
Saya ada buat nota sendiri dulu dan nak share [Link: Nota SPP]
Nota tu berdasarkan soalan calon tahun sebelum, ada satu soalan iv hanya saya boleh jawab. Jawapannya ada dalam nota tu, jadi saya kongsikan semoga membantuuš«¶
Kawan saya kata pukul 6 pun ramai dah beratur di Putrajaya, tapi jangan risau dekat Melaka ni saya calon perempuan pertama sampaiš Masa ni ada 4 calon dah sampai, berbual tanya dari mana semua dan teruskan study.
7.00 am: masuk bilik semakan dokumen
Masa ni urusetia akan minta semua calon untuk keluarkan salinan dokumen, semak semula sama ada ikut urutan dan seterusnya hantar ke depan.
9 September 2025: Hari temu duga
6.30 am: Sampai Hotel Casa Del Rio
| Lobi Hotel Casa Del Rio |
6.40 am: scan qr code kehadiran
Pukul 6.40 am, urusetia tampal qr code dekat dinding lobi dan semua yang hadir wajib scan dulu. Kehadiran guna google form yang kita cuma kena pilih nama sahaja.
Selepas dah hantar, urusetia panggil sorang-sorang ikut giliran hantar tadi dan minta bawa fail dokumen asal sekali untuk semak kedua-dua dokumen asal dan salinan mencukupi atau tidak.
Tak pasti kenapa tapi urusetia take note ambil addmath atau tidak semasa spm? Okay sambung, lepas dah semak dan tiada masalah terus dapat giliran kedudukan dalam bilik nanti. Guess what? ya saya orang pertamaaaaš
Jadi sistem sini: first come first serve gituu
7.50 am: naik tingkat atas untuk ke bilik temu duga
Cukup 11 orang dah semak dokumen, terus naik tingkat 1 dan duduk luar bilik. Masa ni urusetia akan beritahu siapa panel bilik kita dan cara untuk kita gelarkan. Satu dato untuk panel SPP dan satu dr untuk panel opsyen (maaf nama saya rahsiakan)
8.00 am: mula temu duga
Mulakan dengan perkenalan diri dan diakhiri dengan rumusan dari panel. Saya tak boleh share soalan dekat sosial media, jangan risau soalannya masih boleh difikirkan.
9.30 am: habis temu duga
Masa ni semua orang punya lega Ya Allah dah tak tahu nak explain macam manaaa
15 Disember 2025: Keputusan temu duga
Nak semak keputusan temu duga lagi nervous dari pergi temu duga. Pukul 5.15 pm dalam group ramai kata dah boleh semak keputusan. Terus pergi buka laptop, type ic dan hantar. 'Tahniah Anda Telah Berjaya', Ya Allah itu kali pertama nangis tengok keputusan. Syukur Alhamdulilah saya lulusss
Sekarang 26/12/25 saya tengah uruskan persiapan untuk lapor diri. Saya akan update semua tu dalam post baru! Terima kasih sudi baca sehingga habis, semoga semua urusan yang membaca ni dipermudahkan❤
Kalau ada soalan boleh sahaja komen atau dm ig @nrxdini






Comments
Post a Comment